494 Tangki Air Akan Diagihkan Di DUN Lingga

Disiarkan pada 11 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


LINGGA: Sebanyak 494 tangki air akan diagihkan kepada penduduk di bawah konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

Susulan itu, satu majlis simbolik penyerahan telah diadakan pada Isnin, yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.

Berucap ringkas, beliau memberitahu pengagihan ini nanti akan diadakan secara berperingkat melalui Ketua Kaum kawasan masing-masing.

Difahamkan, sebanyak 241 tangki air disediakan khas kepada penduduk di Lingga, enam tangki untuk penduduk di Sri Aman manakala 247 lagi tangki air akan diserahkan kepada penduduk di kawasan Pusa.

Hadir sama, Penolong Pegawai Tadbir Daerah Lingga Isabill Lipa Mungo, Penghulu Wan Kamit Wan Kamil serta barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang lain. -EDISI UKAS