SIBU: Program Ketuk Sahur Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka diteruskan pada hari kesembilan Ramadan untuk mencapai sasaran berkunjung ke 250 buah rumah di 10 lokasi yang telah dikenal pasti.
Pada Isnin, Rombongan diketuai Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap ADUN Nangka, Datuk Dr Annuar Rapa'ee telah mengunjungi 25 buah lagi rumah terpilih di sekitar Kampung Hilir untuk menerima sumbangan makanan.
Rombangan juga telah singgah di D' Simpang Tiga Cafe untuk bersahur bersama penduduk kampung yang terlibat.
Program ikonik ini menjadi platform untuk merapatkan lagi hubungan di antara pemimpin dan rakyat kerana ia turut disertai golongan belia dan warga emas.
Selain itu, ia memberi peluang kepada Datuk Dr Annuar turun ke padang berjumpa rakyat dan meninjau kawasannya. - EDISI UKAS