BETONG: Sudah menjadi kelaziman saban tahun, Bazar Ramadan Spaoh akan menjadi tumpuan umat Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban yang mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Tinjauan di situ semalam mendapati orang ramai sudah mula membanjiri bazar untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka sejak awal petang lagi.
Gerai-gerai popular menerima kunjungan yang menggalakkan dengan barisan panjang pelanggan yang menunggu untuk menikmati hidangan istimewa Ramadan.
Ia membuktikan bahawa Bazar Ramadan Spaoh tetap menjadi destinasi pilihan untuk umat Islam di sini membeli juadah berbuka, selain mengimarahkan bulan suci ini yang penuh kemeriahan dan kebersamaan. - EDISI UKAS