Sambutan Hari Radio Sedunia 2025 Zon Borneo Lawas Menutup Tirai

Disiarkan pada 23 Feb 2025
Sumber Berita: UKAS




LAWAS: Sambutan Hari Radio Sedunia 2025 Zon Borneo menutup tirai malam Sabtu dengan kehadiran 450 tetamu di Stadium Tertutup Lawas.

Majlis penutupan program bersepadu RTM Sarawak, RTM Sabah dan RTM Wilayah Persekutuan Labuan itu disempurnakan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

"Program ini membuktikan betapa kerjasama antara kita dan ia diadakan di Lawas ini agar dapat mengenali Lawas dengan lebih baik lagi.

"Begitu juga mereka yang datang dari luar dapat lebih mengenali kaum-kaum yang ada di Lawas.

"Saya berharap lawatan kali ini bukan yang terakhir dan jika ada program lagi boleh diadakan di Lawas," katanya dalam ucapan penutupan.

Hadir sama Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat, Pengarah Penyiaran Sabah Mohd Yusni Mohamed dan Timbalan Pengarah Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan Howard Martin Sung@ Cornelius. - EDISI UKAS