ADUN Satok Santuni Mangsa Kebakaran Di Jalan Patinggi Ali

Disiarkan pada 06 May 2024
Sumber Berita: UKAS




KUCHING: Simpati dengan nasib tiga keluarga yang kehilangan kediaman mereka akibat kebakaran di Jalan Patinggi Ali pada awal pagi Ahad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki telah meluangkan masa menyantuni keluarga mangsa tersebut.

 

Dalam lawatan itu, Dato Ibrahim telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada tiga keluarga yang terkesan akibat insiden tersebut.

 

Menjawab pertanyaan media, beliau memberitahu, mangsa yang terjejas ditempatkan di rumah flat buat sementara waktu.

 

Katanya, usaha ini bagi menunggu keputusan perbincangan dengan mangsa sama ada untuk membina rumah baharu atau membaik pulih rumah yang terkesan dengan kebakaran itu.-EDISI UKAS