KUCHING: Bangunan Pejabat Premier Sarawak yang diberi julukan 'White House' Sarawak dibina atas faktor keselamatan susulan Wisma Bapa Malaysia yang 'mudah' diakses oleh orang ramai.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ini memandangkan banyak rahsia-rahsia kerajaan disimpan di Wisma Bapa Malaysia yang boleh menjadi risiko besar.
"'White House' Sarawak hanyalah pejabat yang dibina atas dasar keselamatan kerana Wisma Bapa Malaysia risiko keselamatannya adalah senang diakses.
"Oleh itu, kita memerlukan tempat yang lebih selamat dan aman kerana semua rahsia-rahsia kerajaan terletak di sana (Wisma Bapa Malaysia)," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika dalam satu sidang media selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-16 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Sabtu.
Datuk Patinggi Abang Zohari menjelaskan, nama baharu bagi bangunan Pejabat tersebut masih belum diumumkan memandang bangunan tersebut masih belum siap termasuk.
Hal ini juga termasuk pembukaan dan pengoperasian sepenuhnya bangunan tersebut, jelasnya. -EDISI UKAS