Dato Henry Sertai Sertai Perarakan Chingay Shui Ko Bai Gong

Disiarkan pada 05 May 2024
Sumber Berita: UKAS


BAU: Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep menyertai perarakan Chingay Shui Ko Bai Gong pada petang Sabtu.

Perarakan yang bermula sekitar jam 6 petang itu disertai sebanyak 116 kontinjen terdiri dari pelbagai persatuan masyarakat cina bagi menyambut ulang tahun kelahiran Dewa Shui Ko Bai Gong.

Difahamkan perarakan sejauh lebih kurang tiga kilometer mengelilingi sekitar pekan Bau itu merupakan yang julung kalinya diadakan di sini dan disaksikan sekitar tiga ribu orang pengunjung.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Bau William Ding dan Presiden Shui Ko Bai Gong Kuan Kim Tian. -EDISI UKAS