Misi Penghantaran Bantuan Makanan Mangsa Banjir Di Julau Diteruskan

Disiarkan pada 13 Feb 2025
Sumber Berita: UKAS


JULAU: Misi penghantaran bantuan makanan kepada penduduk di kawasan lima kawasan terjejas dan terputus hubungan akibat banjir diteruskan melalui udara.

Penghantaran bantuan makanan kering tersebut menggunakan Lori Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ke padang Majlis Daerah Meradong dan Julau dan diteruskan ke lokasi dengan menggunakan helikopter.

Antara rumah yang disalurkan bantuan makanan adalah Rumah Panjang (Rh) Datu, Rh Anthony Gelayan, Rh Tinting, Rh Robert dan rumah persendirian Mujok yang melibatkan 243 penduduk.

Atas saranan juruterbang dan perbincangan bersama Jawatan Kuasa bencana telah memutuskan agar operasi ditamatkan sekitar jam 4.30 petang Khamis.

Turut bersama agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat, PRDM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angakatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-EDISI UKAS