47 Ekor Anjing Berjaya Dilesen & 46 Divaksinkan Di Engkilili

Disiarkan pada 05 May 2024
Sumber Berita: UKAS


ENGKILILI: Program vaksinasi anti Rabies, pemasangan mikrocip dan perlesenan Bagi di Engkilili berjaya mendaftarkan sebanyak 47 ekor anjing oleh Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) manakala 46 ekor lagi berjaya divaksinkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) Bahagian Sri Aman.

Hadir menyertai program tersebut ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Kua Jack Seng, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu Tommy Laman, etua Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Lubok Antu Alvin Julin dan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sri Aman Adibah Rahani.

Individu yang yang berminat memelihara haiwan peliharaan terutamanya anjing dinasihatkan untuk tidak mengambil haiwan yang tidak diketahui status vaksinasi sebagai haiwan peliharaan dan pastikan haiwan peliharaan mereka menerima setiap tahun.

Roy dalam ucapannya berkata, program begini amat sesuai dilaksanakan  dengan kerjasama semua pihak membendung wabak rabbies seperti yang semakin meningkat di Sarawak. -EDISI UKAS