Dato Sri Roland Serikan Lagi Majlis Pra Gawai 2024 Kampung Semeru

Disiarkan pada 05 May 2024
Sumber Berita: UKAS


PADAWAN: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah hadir ke Majlis Pra Gawai 2024 Kampung Semeru pada Sabtu.

Majlis anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Semeru itu berbesar hati menerima kehadiran Dato Sri Roland kerana beliau telah banyak membawa projek pembangunan ke kawasan tersebut.

Dalam kesempatan itu, Ketua Kampung Semaru, Romeo menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato Sri Roland yang yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat kerana sentiasa peka dengan pembangunan di peringkat kampung.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek, Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tebedu Angela Thomas, Ahli Majlis Daerah Serian Jeffudin, Temenggong Henry Bujang Sendan, Pemanca Kane Manong dan Penghulu Rapeng Garak. -EDISI UKAS