SIBU: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian dan isteri Datin Enn Ong Siok Ean meneruskan kunjungan Tahun Baru Cina 2025 di beberapa kediaman ketua masyarakat serta pengerusi Persatuan Kaum Cina di Sibu untuk kali ke dua pada Sabtu.
Beliau memulakan kunjungan di kediaman Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato' Sri Huang Tiong Sii.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SUPP Cawangan Bukit Assek dan Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Eksekutif, Wanita, Belia dan Belia Muda (2025-2027) Cawangan Bukit Assek di Sianggelila Xiqing Restaurant di Jalan Pahlawan.
Seterusnya beliau dan rombongan berkunjung di kediaman Pengerusi Persatuan Heng Hua di Jalan Wong Nai Siang disusuli kediaman Penghulu Lau Hieng Wuong House di Jalan Kapor.
Mereka menamatkan lawatan mereka di kediaman bekas Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Senator Robert Lau di Jalan Kong Yit Khim Jalan Stabau.
Turut serta dalam rombongan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Pelawan Datuk Micheal Tiang Ming Tee, ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek, Ketua Pemuda SUPP Pusat dan Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau, Pengerusi SUPP Cawangan Pelawan Kaunselor Clarence Ting dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kaunselor Wong Ching Yong. - EDISI UKAS