Greater AZAM Raikan Kepelbagaian Budaya, Perpaduan Melalui Sambutan Aidilfitri

Disiarkan pada 05 May 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Kepelbagaian budaya di negeri ini disambut meriah dengan nilai kesederhanaan dan keupayaan, mengukuhkan perpaduan masyarakat kita yang pelbagai.

Pengerusi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak Datu William Patrick Nyigor berkata, Sambutan Hari Raya mempunyai kepentingan yang istimewa untuk membolehkan Greater AZAM menyediakan ruang kepada staf dan pihak berkepentingan untuk berkumpul bagi berkongsi dan meningkatkan persefahaman.

"Marilah kita menegaskan komitmen kita untuk memupuk keharmonian, persefahaman dan keterangkuman dalam keluarga AZAM kita yang lebih besar. 

"Tanpa mengira perbezaan latar belakang, budaya atau kepercayaan, marilah kita menghargai ikatan yang menyatukan kita dan meraikan kepelbagaian yang memperkayakan kehidupan kita," katanya 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Greater AZAM Raya Gathering 2024 di Dewan Seri Mahligai pada Sabtu.

Tambahnya, Greater AZAM bukan sekadar gabungan pelbagai organisasi tapi komuniti yang menghimpunkan pelbagai bakat dan kepakaran untuk mencapai matlamat bersama di mana kekuatan komuniti AZAM terletak pada perpaduan dan kerjasama ahlinya.
 
Dalam keluarga AZAM yang kecil ini katanya, mereka berbangga kerana mempunyai sekurang-kurangnya kakitangan Cina, Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu serta ahli.
 
"Oleh yang demikian, kami amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat meraikan bersama-sama perayaan kebudayaan utama kami, seperti sambutan Hari Raya ini," ujarnya.

Pada majlis tersebut, lebih daripada 150 tetamu hadir dengan majlis tersebut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, nyanyian akustik dan lakonan sketsa.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, AZAM Sarawak Dato Norhyati Mohd Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Penglibatan Pihak Berkepentingan AZAM merangkap pengerusi penganjur Charles Siaw, Ketua Pegawai Eksekutif, AZAM Sarawak Ali Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif, SDI Lelia Sim Ah Hua, Pengarah Urusan, Faradale Media-M Dr Maria Corazon Cortez serta tetamu-temamu lain yang hadir. -EDISI UKAS