KUCHING: Persatuan Wanita Kuching (WANISA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi meraikan visi organisasi dalam memperkasakan golongan wanita dalam aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan sosial dan kesejahteraan.
Majlis berprestij diadakan di Hotel Sheraton, Kuching malam ini menghimpunkan wanita-wanita berpengaruh dari seluruh Sarawak.
Ia diserikan dengan keberangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid, yang sentiasa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha memperkasakan wanita.
Pengerusi WANISA Datin Ayu Kartina dalam ucapannya, menekankan komitmen WANISA untuk menyediakan ekosistem inklusif bagi wanita, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk mereka berkembang dalam pelbagai bidang.
“Matlamat utama majlis ini bukan hanya untuk mengumpul dana, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran mengenai peranan penting wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih maju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Gala Charity WANISA di sini pada Sabtu.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Cek Kebajikan daripada Laman Huda, Nurulhuda Hilda Abdullah, Desa Bini Diri, Dr Salmah Mohamad Yusuf dan Ahli Lembaga Pengarah, Taman Seri Puteri kepada WANISA.
Selain itu, majlis ini turut menyaksikan simbolik daripada Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid kepada WANISA berjumlah RM30,000 sebagai penghargaan kepada tokoh-tokoh wanita di Sarawak yang telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat
Ia dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan istimewa, serta pameran keusahawanan oleh usahawan wanita tempatan yang menyokong program-program WANISA dan persembahan Peragaan fesyen tiga pereka fesyen tempatan iaitu daripada Benz Zafiq Atilier, Mal Annuar dan Suziana Osman Couture.
Hadir sama, Yang Mulia Tengku Aniza Almarhum Tengku Abdul Hamid, Yang Berhormat Mulia Tengku Kesoma Mastika Tengku Anisah Almarhum Tengku Abdul Hamid, Yang Berhormat Mulia Dato’ Professor Tengku Aizan Almarhum Tengku Abdul Hamid, Penasihat WANISA Toh Puan Hayati Ahmad, Isteri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Puan Sri Dato’ Fatimah Iskandar, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Penasihat 2 WANISA Datin Sri Airi Abdul Manan serta dif-dif kenamaan yang lain.-EDISI UKAS