TEBEDU: Penduduk di Kampung Krusen Siu di sini yang berada di kawasan yang berisiko dengan kejadian tanah runtuh diingatkan agar mengambil langkah awal bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada turut menyeru pemilik rumah di kampung itu untuk melakukan kerja intervensi seperti memasang ‘gutter’ atau kanvas bagi menutup kawasan yang terdedah hujan bagi mengelakkan kejadian tanah susur dengan kerjasama bersama ketua kampung sebelum bantuan luar tiba.
Katanya ditemui pemberita semasa mengadakan tinjauan di Kampung Krusen Siu, Reteh Plaman, Mawang, Kampung Bidak Plaman dan juga di Kampung Daha Seroban pada Selasa.
Ujarnya, beliau akan sedaya upaya mencari penyelesaian terbaik bagi membaik pulih infrastruktur yang telah rosak khususnya tebingan jalan raya ke Kampung Reteh Mawang.-EDISI UKAS