Program Mentor Mentee Tambah Baik Perkhidmatan Khidmat Nasihat & Kaunseling Perkahwinan

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS


KOTA SAMARAHAN: Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie (BPPKS) Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah melaksanakan Program Mentor Mentee siri kedua bertempat di Pejabat Agama Islam Bahagian Samarahan pada Khamis. 

Objektif program ini adalah untuk menambah baik perkhidmatan khidmat nasihat dan kaunseling perkahwinan serta perkongsian permasalahan yang dihadapi. 

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Perunding Cara Perkahwinan Jabatan Agama Islam Sarawak di Pejabat Agama Islam Bahagian dan Daerah. 

Program kali ini mensasarkan penglibatan semua Perunding Cara Perkahwinan yang dilantik di pejabat agama islam berkenaan. 

Antara pengisian program adalah Taklimat Pelaksanaan Mentor Mentee yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian, Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie JAIS, Safura Ahmad Sharkawi.

Selain itu, sesi perkongsian daripada pegawai pegawai Perunding Cara Perkahwinan dan Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan diberi peluang untuk mengutarakan permasalahan kepada Pemangku Ketua  Bahagian, BPPKS JAIS. 

Program sebegini merupakan program tahunan diadakan oleh pihak Bahagian Pembangunan Psikologi dan Kaunseling Syarie (BPPKS). 

Harapan agar program sebegini menjadi satu titik noktah untuk perkongsian dan memberi manfaat kepada pegawai pegawai di setiap bahagian yang telah dilaksanakan.

Turut hadir bersama Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Bahrin Kawi. -EDISI UKAS