42 Pelajar UNIMAS & UKM Sertai KEWASA 2.0

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: Seramai 42 pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan diri dalam program Kembara Anak Watan Ke Sarawak (KEWASA) 2.0. 

Program yang diselitkan dengan penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung di Kampung Tengah di sini dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor pada Rabu lalu. 

Para penuntut di kedua-dua universiti berkenaan dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut Ketua Kaum di Kampung Lemanak, Kampung Hulu, Kampung Hulu Pasir Panas dan Kampung Tengah. 

Mereka turut meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka di Sarawak di samping berhibur santai bersama Dayang Noorazah. 

Hadir sama, pegawai dari Pejabat Daerah Sri Aman Hamizan Yahya, Penghulu Zamari Morshidi, wakil Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Zulkarnie Dawi serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS