ADUN Opar Lakukan Lawatan Tapak Projek Seliaan DID

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Opar, Billy Sujang telah melakukan lawatan ke tapak projek-projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) di sini pada Khamis. 

Lawatan tapak tersebut merangkumi penyerahan tapak-tapak projek serta pemeriksaan akhir projek.

Antara projek yang melibatkan penyerahan tapak ialah projek naik taraf sistem perparitan Kampung Selampit, projek naik taraf Jalan Ladang Pertanian Bukit Batu di Sidanum Kampung Keranji dan projek naik taraf Jalan Pertanian Kampung Tebaro.

Dalam pada itu, Billy berkesempatan melakukan pemeriksaan akhir terhadap projek naik taraf Jalan Pertanian Kampung Sebiris sebelum menyerahkan projek tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Niponi Undek serta ketua kampung yang terlibat. -EDISI UKAS