Dato Sri Roland Ketuai Lawatan Kerja MEITD Ke Jerman

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS



JERMAN: Kementerian Inovasi Pendidikan dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) yang diketuai oleh Menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah mengadakan lawatan kerja ke Nuremberg, Jerman baru-baru ini.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berinteraksi dengan Hutiinger GmbH iaitu pereka dan pengeluar pameran yang dilantik untuk projek Pusat Sains Sarawak. 

Perbincangan semasa lawatan merangkumi pelbagai topik termasuk penentuan jenis pameran, reka bentuk grafik, anggaran kos dan jadual waktu untuk penghasilan pameran.

Lawatan berkenaan juga merangkumi lawatan ke kilang Huttinger GmbH yang memberikan pandangan yang berharga tentang kemampuan pengeluaran mereka.

Seterusnya, rombongan mengunjungi dua pusat sains terkemuka iaitu Experimenta di Heilbronn, Jerman dan Technorama di Winterthur, Switzerland. 

Hadir sama, Timbalan Menteri Inovasi Pendidikan dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap Kementerian Inovasi Pendidikan dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datu Azmi Bujang, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains Sarawak, Ts Dr Peter Morin Nissom serta pegawai-pegawai kementerian berkenaan. -EDISI UKAS