Tebingan Ranggau Sungai Limbang Dijangka Siap Mei 2026

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS


LIMBANG: Projek membina Tebingan Ranggau Sungai Limbang bernilai RM20 juta dijangka siap pada Mei 2026 

Walikota Majlis Daerah Limbang Kr Sufian Mohat berkata, tarikh mula pelaksanaan adalah pada 2 Mei 2024 sehingga 1 Mei 2026 dengan tempoh pelaksanaannya adalah selama 2 tahun atau 24 bulan.

“Panjang tebingan sungai ini adalah sepanjang 250 meter dan lokasinya berhadapan dengan bangunan Integrated Administration Centre (IAC) Limbang.

“Projek ini pastinya lebih kepada untuk rekreasi dan juga memberi kemudahan kepada warga Limbang untuk beriadah dan mengadakan aktiviti sebab di sana nanti kita sediakan gazebo, mini amphitheatre dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Projek Membina Tebingan Ranggau, Sungai Limbang Kepada Kontraktor di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Limbang pada Khamis.

Justeru, beliau berharap kontraktor ini akan dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek ini dan saya mewakili rakyat Limbang berharap pasukan ini dapat melaksanakan projek ini sebaik mungkin.

Pada kemuncak majlis, Kr Sufian Mohat dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal menyaksikan Setiausaha Majlis Daerah Limbang Petrick Linggie Taboh menyerahkan projek kepada kontraktor yang berjaya iaitu Faltech Engineering Sdn. Bhd untuk memulakan pelaksanaannya. -EDISI UKAS