Duta Jerman Lawat Kampung Penan di Long Siang

Disiarkan pada 03 May 2024
Sumber Berita: UKAS


TELANG USAN: Duta Jerman di Malaysia, Dr. Peter Blomeyer melawat perkampungan Penan di Long Siang pada Rabu selepas membuat kunjungan kerja ke Pejabat Daerah Telang Usan.

Lawatan beliau telah diiringi oleh Timbalan Residen Bahagian Miri Juan Ubit dan Pegawai Daerah Telang Usan Ezra Uda.

Dr Peter berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk kampung sambil diperkenalkan oleh Juan Ubit serta Ezra Uda

Kedatangan mereka disambut sederhana oleh penduduk kampung Long Siang dan ketua kaum Asai Brat. -EDISI UKAS