Senator Pele Peter Tinggom Adakan Lawatan Ke Pejabat Daerah Kabong

Disiarkan pada 02 May 2024
Sumber Berita: UKAS


SARATOK: Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Kabong bertujuan untuk mengenal lebih dekat berkaitan Daerah Kabong pada Khamis.
 
Dalam lawatan tersebut, Pegawai Daerah Tahir Mohd Sharee telah memberi taklimat berkaitan dengan Daerah Kabong.
 
Jelasnya, beberapa perkara telah menjadi perhatian terutama infrastruktur serta pembangunan ekonomi di Daerah Kabong.
 
“Daerah Kabong mempunyai lebih kurang 23,000 penduduk dan punca ekonomi utama adalah dari sektor pertanian,” katanya.
 
Hadir sama Penghulu Kamaludin, Penghulu Sani dan Penghulu Dom.-EDISI UKAS