LINGGA: Sambutan Tahun Baru Cina di Lingga disambut meriah dengan pemberian sumbangan istimewa kepada penduduk berbangsa Cina di kawasan ini.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, melalui wakilnya, Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani, menyampaikan ‘ang pao’ dan limau Mandarin kepada 16 isi rumah, menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna.
Setiap penerima sumbangan menerima dua kotak limau Mandarin serta ‘ang pao’ yang melambangkan kemakmuran dan keberkatan dalam budaya Cina.
Program ini turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Tadbir Daerah Lingga, Nursyazani Fadli Salihin dan Alicia Jenah Angga, serta Ketua Kaum Pasar Lingga, Kapitan Kuek Siaw Yong.
Kehadiran mereka menambahkan lagi kemeriahan program yang penuh makna ini.
Dengan semangat Tahun Baru Cina yang penuh harapan, sumbangan ini pastinya mengukuhkan lagi hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta memberi sinar baru kepada masyarakat Lingga. -EDISI UKAS