Program Khidmat Pendaftaran Sarawak ID & S PAY Global Penting Untuk Salur SKAS

Disiarkan pada 24 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


BAU: Program Khidmat Pendaftaran Sarawak ID dan S PAY Global penting untuk penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) kepada golongan yang layak.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, program itu merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengelakkan penyalahgunaan bantuan. 

 

“Program ini menjadi langkah penting dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih cekap dan telus kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

 

Beliau turut menekankan bahawa program khidmat pelanggan seperti ini akan diteruskan di semua kawasan bagi membantu masyarakat dalam urusan yang sepatutnya.

 

Hari kedua program tersebut pada Selasa berjalan lancar dengan seramai 50 sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu sepanjang dua hari program yang bermula pada 21 Januari.

 

Dalam pada itu, Miro merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan dan pihak Pejabat Daerah Bau atas kesudian dan komitmen tinggi mereka dalam menguruskan program serta membantu proses pendaftaran.

 

Turut hadir ialah Temenggong Bidayuh Bahagian Kuching Atok Derop. -EDISI UKAS