Pelbagai Acara Meriahkan Hari Keluarga Di Tarat

Disiarkan pada 02 May 2024
Sumber Berita: UKAS


SIBURAN: Pelbagai acara sempena Hari Keluarga di kawasan Tarat memeriahkan lagi program anjuran Pusat Khidmat Tarat itu pada Rabu.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Simpok itu diisi dengan aktiviti seperti sukaneka, senamrobik, pameran kereta, jualan rahmah, pembukaan gerai-gerai jualan oleh penduduk, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Hadir menyempurnakan program tersebut ialah Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat memberitahu bahawa penganjuran Hari Keluarga merupakan satu aktiviti yang dianjurkan setiap tahun pada 1 Mei.

Pada tahun lalu, Hari Keluarga bagi kawasan Tarat disambut di Zon Serin manakala tahun ini menyaksikan penganjurannya di Zon Simpok.

Turut hadir, isteri kepada Dato Sri Roland Datin Sri Kelly Rebid, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek, wakil Residen Bahagian Serian Wee Chung Yee, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Neuchlos Jub, Pemangku Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS