15 Penerima Kawasan Kedup Terima Dana MRP Berjumlah RM106,000

Disiarkan pada 02 May 2024
Sumber Berita: UKAS



SERIAN: Seramai 15 orang penerima di kawasan Dewan Undangan Sarawak Kedup telah menerima dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM106,000.

Penyerahan dana tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Martin Ben.

Penerima-penerima cek tersebut terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, Persatuan Belia dan Ladies Guild Gereja dari kampung berdekatan sahaja.

Datuk Martin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup menegaskan agar dana yang diberi dimanfaatkan sebaik mungkin agar manfaatnya dapat dirasai oleh penduduk di kawasan mereka.

Hadir sama, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kedup Ripin Daoh, Setiausaha PBB Cawangan Kedup Thadeus Kiek serta wakil-wakil penerima dana MRP. -EDISI UKAS