Program Libat Urus Bantu Rakyat Daerah Siburan Terima SKAS

Disiarkan pada 21 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


SIBURAN: Program Libat Urus Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dianjurkan bagi membantu rakyat negeri di Daerah Siburan menerima sumbangan itu.

Seramai 1,142 kehadiran telah dicatatkan sepanjang program tersebut yang berlangsung selama tiga hari.

Hari terakhir program itu pada Isnin telah mencatatkan rekod kehadiran tertinggi iaitu 500 kehadiran lebih berbanding hari kedua.

Orang awam di Bahagian Serian yang ingin membuat semakan kelayakan digalakkan melakukannya pada lokasi seterusnya di Daerah Serian dan Daerah Tebedu pada 21 hingga 23 Januari ini. -EDISI UKAS