ADUN Jepak Santuni Pemilik Rumah MRP-PPRMS Di Jepak

Disiarkan pada 01 May 2024
Sumber Berita: UKAS


JEPAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee turun menyantuni sendiri pemilik rumah di bawah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) yang telah siap.

Beliau telah melawat pemilik rumah di tiga kampung dan Rumah Perumahan Rakyat (RPR) pada Selasa.

Dalam lawatan tersebut, beliau bertanya sendiri kepada pemilik berkenaan hasil penambahbaikan ini dan kekurangan yang perlu ditambah untuk keselesaan golongan ini.

Iskandar turut berterima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilawati kerana telah bersama-sama memberi kerjasama kepada program ini dan akan sentiasa memberi perhatian terhadap mereka.

Difahamkan, pemilik rumah juga menyatakan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah menolong mereka untuk membaiki rumah mereka. -EDISI UKAS