57 Setiausaha JKKK DUN Tebedu Terima Sijil Lantikan

Disiarkan pada 17 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


TEBEDU: Seramai 57 orang Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu terima sijil pelantikan.

Majlis Penyampaian sijil lantikan baru dan lanjutan ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Turyt menerima sijil lantikan semula pada Jumaat itu ialah Penghulu Gaup Takip dari kawasan Batu Bade dan Penghulu Dennis Gamin Antung dari kawasan Mengarat.

Dr Simon berkata, pelantikan semula ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.

Sehubungan itu, beliau berpesan kepada yang bersara dipohon agar terus memberi sokongan dan pandangan kepada Ketua Kaum yang baharu bagi melancarkan sistem pengurusan dan pentadiran kampung yang efisien.

Peranan dan tanggungjawab Ketua Kaum dan Setiausaha JKKK sangat penting dalam memimpin serta mentadbir sebuah organisasi peringkat akar umbi agar sentiasa berdaya saing, bijak membuat perancangan dan melaksanakan program kepada kampung masing-masing.

Hadir sama, wakil Residen Bahagian Serian Norlizawati Sabi, wakil Pegawai Daerah Tebedu Taddy Tala, wakil Pegawai Daerah Serian Jeff Curren, Temenggong Henry Bujang Senden, Pemanca Jacques Kantuh dan Pemanca Kane Manung. -EDISI UKAS