20 Sertai Dialog Penanaman Lada 2024 Di Tatau

Disiarkan pada 01 May 2024
Sumber Berita: UKAS


TATAU: Seramai 20 orang telah menyertai Dialog Penanaman Lada 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Lada Malaysia Bintulu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau.

Menurut Ketua Pejabat Cawangan Lembaga Lada Malaysia Cawangan Bintulu Nicodemus Arin Jalai, antara objektif pemganjuran sesi dialog tersebut adalah untuk membangunkan 1,650 hektar kawasan penanaman baru bagi tanaman lada.

"Ia bagi menggalakkan pengeluaran lada premium/tambah nilai melalui penyaluran alat pemprosesan dan kemudahan infrastruktur ladang.

"Antara lain untuk meningkatkan kemahiran pekebun supaya produktiviti dapat ditingkatkan  di samping menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) di kalangan pekebun,” katanya.

Tambahnya, dialog juga untuk menyelenggara satu sistem pangkalan data pekebun sebagai rujukan untuk merancang dan polisi berkaitan industri ada negara.

Beliau berharap khususnya pihak Tuai-Tuai Rumah yang hadir turut menyampaikan maklumat maklumat terkini berkaitan dengan bantuan terkini berkaitan penanaman lada. -EDISI UKAS