Rakyat Sarawak Diseru Gunakankan Peluang Diberikan Kerajaan

Disiarkan pada 01 May 2024
Sumber Berita: UKAS


TATAU: Rakyat Sarawak diseru untuk sentiasa menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga. 

Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kerajaan memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada peniaga dalam bentuk pinjaman dan geran melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

"Gunakan peluang yang ada untuk membesarkan lagi perniagaan masing masing-masing," katanya ketika berucap dalam Ramah Tamah Aidilfitri 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Dagang Tatau pada Selasa.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu memberitahu, Pusat Kraftangan Tatau juga telah beroperasi di Pekan Tatau di mana kraftangan boleh dihantar ke sana dan pusat ini akan membantu menjual hasil kraftangan tersebut.

Tambahnya, pusat itu juga menjalankan kursus kraftangan seperti membuat manik dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, Dato Sri John Sikie melancarkan Tapak Niaga Kampung Dagang.  

Beliau turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar sebanyak RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan (JKKK) Kampung Dagang Tatau. -EDISI UKAS