PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Disiarkan pada 01 May 2024
Sumber Berita: UKAS


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.
 
Beliau berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion. 
 
“Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.
 
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
 
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Seri Dr Adnan Mat dan Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.