80 Pelajar Unimas & UKM Pelajari Cara Hidup, Budaya Kaum Iban

Disiarkan pada 01 May 2024
Sumber Berita: UKAS
RABU, 1 MEI 2024



BUKIT SABAN: Program UNIMAS X UKM : Sentuhan Serumpun Citra Budaya menjadi wadah dalam mempromosikan budaya serta keunikan cara hidup masyarakat Iban di rumah panjang.
 
Ia telah disertai seramai seramai 80 orang pelajar dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Program diadakan di Rumah Penyulok, Ulu Layar Betong pada Isnin itu juga bertujuan mengekalkan semangat perpaduan kaum supaya tetap utuh tanpa mengenal bangsa, kaum dan agama.
 
Hadir merasmikan program berkenaan ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
 
Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid, Pengetua Kolej Bunga Raya UNIMAS Dr. Mazdan, Felo Kolej Bunga Raya UNIMAS Nor Safura, Felo Kebajikan dan Prasarana dan Felo Penasihat Kembara Anak Watan Ke Sarawak (KEWASA 2.0) Muhammad Izzat Ebrahim serta yang lain.-EDISI UKAS