Pusat Khidmat Batang Lupar Anjur Program ‘Tusyen Orang Kampung’ Secara Percuma

Disiarkan pada 30 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
SELASA, 30 APRIL 2024



PUSA: Pusat Khidmat Batang Lupar telah menyediakan inisiatif program ‘Tusyen Orang Kampung’ untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 di setiap kawasan Parlimen Batang Lupar secara percuma.
 
Menurut Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, hal ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi anak-anak di Parlimen Batang Lupar kerana pendidikan amat penting demi masa depan anak anak di kawasan ini.
 
“Kerajaan Sarawak sekarang ini turut mengutamakan pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar disertai dengan kemudahan infrastruktur untuk keselesaan warga pendidik dan pelajar.
 
“Saya juga berharap pembangunan yang dikecapi hendaklah seiring dengan pembangunan intelektual dalam kalangan ibu bapa dan merebut peluang yang banyak disediakan oleh kerajaan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladn, Pusa pada Selasa.
 
Tambahnya lagi, ibu bapa juga mempunyai peranan yang penting dalam usaha bersama pihak sekolah untuk memantau, mendidik serta memberi ilmu yang secukupnya kepada pelajar mahupun murid agar pelajar mempunyai sahsiah yang tinggi, berdisplin serta mempunyai prestasi yang cemerlang dalam akedemik, agama mahupun dalam bidang kemahiran.
 
Dalam majlis sama, beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Beladin untuk mengadakan aktiviti dan program kepada anak-anak di sekolah berkenaan.-EDISI UKAS