Raptai Amanat Perdana Premier Sarawak Berjalan Lancar

Disiarkan pada 12 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Raptai Amanat Perdana Premier Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Ahad berjalan lancar.

Hadir menyaksikan raptai tersebut, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagi memastikan pergerakan yang lancar bagi majlis amanat tersebut yang bakal berlangsung pada keesokan hari.

Pelbagai agensi-agensi kerajaan telah hadir dan bekerjasama dalam memastikan pergerakan program penuh bermakna tersebut mengikut aturan yang telah ditetapkan.

Majlis Amanat Perdana Premier Sarawak merupakan majlis amanat yang penting untuk terus menyatakan visi dan misi Sarawak menjelang 2030 melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Majlis ini juga menjadi simbolik lapan tahun Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selaku pemimpin Sarawak sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum menjadi Premier Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut menyampaikan ucapan sebelum amanat utama yang akan disampaikan oleh Datuk Patinggi Abang Zohari.

Turut hadir di raptai tersebut, Pengarah Unit Protokol, Istiadat Dan Pengurusan Acara Sarawak Datu Hamdan Sharbini, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak Awang Putrayusrie Awang Redzuan serta pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan yang hadir. -EDISI UKAS