21 Anak Ahli NSJA Terima Insentif Pendidikan Akademik dan Kokurikulum

Disiarkan pada 30 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Seramai 21 orang anak ahli Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) menerima Insentif Pendidikan Anak-Ahli NSJA dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Penyerahan insentif tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Dato Sebastian Ting Chiew Yew di Miri pada Isnin.

Senarai penerima insentif bagi tahun 2023 untuk kategori akademik ialah Naura Mikayla Nadzri, Chai Koh Jun, Jake Lo Zi Qiang, Chyrra Haren Desmond, Chellsea Lahei Desmond, Muhammad Syakir Mohd Syaffuan, Neha Mehrunisa Nadzri, Angel Lee Xin Yan, Adriell Lee Chen En, Chai Koh Vui , Stephine Wong Jia Hui,Wong Jia Hui, Grenier Adry Ensudin Geoffery, Violet Tania Ucha Roger, Bernadette Sungau Bana,Lau Yin Hong dan Alice Sthereshara Pidang Merang.

Manakala, penerima untuk kategori kokurikulum terdiri daripada Genieve Tan Yen En, Esther Teo Ning En, Charlie Wong Ren Yee, Abby Wong, Chai Koh Jun, Chai Koh Vui dan Chellsea Lahei Desmond.

Insentif Pendidikan Anak-Ahli Ahli NSJA yang bermula pada 2017 hingga sekarang mendapat sokongan Datuk Sebastian Ting sendiri.

Hadir sama Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut Adam Yii Siew Sang, Penghulu dan Kapitan kawasan DUN Piasau dan Ahli Majlis Bandaraya Miri.-EDISI UKAS