Bengkel Marik Empang Moden & Beranyam Sidan Dapat Sambutan

Disiarkan pada 30 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MARUDI: Bengkel membuat marik empang moden dan beranyam sidan sempena program ‘Segulai Sejalai Ngaga Pengelandik Jari’ anjuran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) menjadi platform dalam memperkasakan kraftangan dari golongan wanita tempatan.

Menurut Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau, bengkel dijalankan di dua buah rumah panjang di kawasan Puyut mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya kaum wanita di kawasan tersebut.

Program itu bertujuan sebagai persediaan SIDS Cawangan Marudi untuk menyertai Anugerah Smart Komunit anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak pada 2024 setelah mendapat Anugerah Perak pada program tersebut.

Selain itu, program tersebut turut mendapat perhatian daripada golongan lelaki dalam penyediaan alat-alat yang digunakan untuk seni pertukangan tradisional.

Selain itu ujarnya, ia juga bagi memartabatkan kraftangan masyarakat Iban supaya mempunyai nilai komersial yang boleh menjana pendapatan golongan wanita.

Hadir sama Ketua Unit SIDS Rumah Billy Kampung Engkaras Marudi Agatha Rosy, Tuai Rumah Kampung Engkaras Marudi Billy, Ahli Exco SIDS dan Ahli-Ahli SIDS Marudi.-EDISI UKAS