Majlis Jom Berambeh Raya Sri Tanjung Di Niah Meriah

Disiarkan pada 30 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

NIAH: Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni hadir memeriahkan Majlis Jom Berambeh Raya Sri Tanjung di Balai Raya Kampung Tanjung Berlipat.

Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tanjung Berlipat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Berlipat Hilir, JKKK Kampung Kuala Tangap, KRT Kampung Tanjung Berlipat Hulu, KRT Kampung Tanjung Berlipat Hilir, Biro Wanita JKkK Kampung Tanjung Berlipat Hilir, Biro Wanita JKkK Kampung Tanjung Berlipat Hulu dan Biro Wanita Kampung Kuala Tangap.

Hadir sama pada program tersebut pada Ahad Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Pelbagai pengisian dan pertandingan diadakan antaranya Pertandingan Gerai Terpaling Raya yang disertai oleh enam buah gerai dari kalangan JKKK, KRT, Biro Wanita dan PIBG Sekolah.
Hadir sama Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis, Ketua Masyarakat dan ketua-ketua kaum.-EDISI UKAS