MUKAH: Program tahunan ikonik, Kaul Mukah 2025 akan dilangsungkan pada 19 hingga 27 April dengan pelbagai aktiviti telah dirancang untuk memeriahkannya.
Presiden Persatuan Melanau Mukah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata Kaul Seraheng Kakan akan dilangsungkan pada sebelah pagi, 26 April.
Ia akan disusuli dengan Perasmian Kaul Mukah 2025 yang juga diadakan pada tarikh sama.
Manakala, Majlis Keman Kaul akan berlangsung pada 27 April, katanya lagi.
“Kaul Seraheng Kakan akan diadakan pada 26 April 2025 dan disusuli dengan perasmian Kaul Mukah 2025 pada hari yang sama.
“Sementara Majlis Keman Kaul akan diadakan pada 27 April 2025. Aktiviti Kaul akan bermula pada 19 hingga 27 April 2025,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Kaul Mukah Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak pada Khamis.
Hadir sama ADUN Tellian, Royston Valentine dan Timbalan Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili. - EDISI UKAS