Tun Dr Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Speaker DUN Sarawak

Disiarkan pada 30 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS
SELASA, 30 APRIL 2024



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada rombongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak pada Selasa.
 
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Puan Sri Dato Fatimah Mohamad Iskandar.
 
Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang serta para pegawai DUN Sarawak.-EDISI UKAS