JKKK Rumah Panjang Perlu Bersatu, Sentiasa Adakan Perbincangan Bersama Penduduk

Disiarkan pada 29 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS



LUBOK ANTU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di rumah panjang perlu bersatu bagi mengelakkan perpecahan berlaku dalam kalangan penghuninya.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, JKKK di setiap rumah panjang perlu mengadakan perbincangan bersama penghuni-penghuninya bagi mengetahui masalah yang dialami mereka sebelum perselisihan berlaku.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Sejahtera Komuniti Madani di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Isnin.

Menurut beliau, JKKK perlu menjadi agen untuk mendedahkan hala tuju kerajaan kepada penduduk di tempat mereka agar mereka tidak mudah dipengaruhi oleh propaganda luar yang mampu memecahbelahkan masyarakat.

Untuk rekod, seramai 600 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) telah hadir dalam program tersebut.

Hadir sama Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Ahli Dewan Negara Senator Susan Chemerai Anding, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Mikai Mandau, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak Aziba Rashidi serta tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS