Datuk Hasbi ‘Berjarah’ Ke Kediaman KMKK di Parlimen Limbang

Disiarkan pada 29 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkesempatan untuk menziarahi kediaman Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan Parlimen Limbang.

Difahamkan, kunjungan ziarah raya tersebut melibatkan lima ketua masyarakat dan 50 ketua kampung di Parlimen Limbang pada 21, 22, 23 dan 27 April.

Menurut Ahli Parlimen Limbang itu, kunjungan Ziarah Raya beliau pada 21, 22 dan 23 April lalu turut disertai ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Lawatan ini juga bagi memperkenalkan ketua-ketua jabatan yang ikut serta kepada ketua-ketua kampung dan penduduk kampung yang hadir

Justeru, beliau terus menyarankan ketua kampung agar berhubung terus dengan agensi berkaitan sekiranya terdapat masalah atau keperluan di kampung mereka.

Tambahnya, ketua kampung dapat berkenalan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri dan boleh berhubung dengan mereka jika ada keperluan manakala di peringkat agensi pula mereka boleh merancang program atau aktiviti yang bersesuaian dengan kampung-kampung tertentu.

Dalam pada itu, Datuk Hasbi turut mengambil peluang meninjau perkembangan projek-projek kampung dan turut menerima beberapa permohonan. 

Jelasnya, ada di antaranya telah diluluskan teruskan dan ada pula yang akan dipertimbangkan kemudian. -EDISI UKAS