AMBANG TAHUN BARU 2025: DBKU TAWAR 74 TAPAK JUALAN DI JALAN GAMBIER

Disiarkan pada 22 Dec 2024
Sumber Berita: UKAS



KUCHING: Bagi memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru 2025, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menawarkan sebanyak 74 tapak jualan kepada peniaga-peniaga tempatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Sabtu, DBKU berkata tapak-tapak tersebut akan disediakan di sepanjang Jalan Gambier, Kuching pada 31 Disember 2024 (Selasa) dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 pagi keesokan harinya.

Bayaran sebanyak RM15 dikenakan bagi setiap petak yang berukuran 10’ x 10’. Para penjaja diminta membawa meja, kerusi, dan kanopi biru sendiri bagi memastikan keseragaman serta memudahkan kerja-kerja susun atur dilakukan.

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat pada 26 Disember 2024 (Khamis) bermula jam 9:00 pagi di Bahagian Pelesenan, DBKU@Depo, Jalan Depo.

Pemohon dikehendaki membawa dokumen lengkap seperti gambar berukuran pasport pemohon dan pembantu gerai/pekerja, salinan kad pengenalan pemohon dan pembantu gerai/pekerja.

Selain itu, salinan sijil Kursus Pengendali Makanan serta laporan pemeriksaan kesihatan beserta suntikan pelalian anti tifoid (khusus untuk penjualan makanan dan minuman) atau salinan Kad Pengendali Makanan DBKU juga perlu dibawa beserta bayaran yuran penyertaan sebanyak RM15.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-512955.

#UKASnews