ADUN Lingga Meriahkan Program Berlanggar Raya PBB Lingga

Disiarkan pada 28 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor memeriahkan Program Berlanggar Raya anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga pada Sabtu. 

Dalam majlis tersebut, beliau menyantuni tetamu yang hadir dengan pemberian duit Raya kepada kanak-kanak yang hadir. 

Dalam pada itu, beliau selaku wakil rakyat di kawasan tersebut berkesempatan untuk mendengar luahan dan cadangan daripada penduduk melalui sesi soal jawab yang turut diselitkan sebagai pengisian program. 

Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun kedua beliau mengadakan jelajah Raya ke seluruh kawasan Dewan Undangan Sarawak Lingga. 

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua-Ketua Ranting PBB bagi setiap kampung yang ‘dilanggar’. -EDISI UKAS