PIBG SK Lubok Antu Terima Sumbangan MRP Dari 2 Pemimpin Kawasan Berkenaan

Disiarkan pada 28 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


LUBOK ANTU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu menerima suntikan sumbangan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada dua pemimpin kawasan berkenaan. 

Bagi sumbangan pertama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh telah meluluskan dana MRP berjumlah RM10,000 bagi tujuan penganjuran aktiviti tahunan sekolah berkenaan. 

Manakala itu, Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi turut menyalurkan dana MRP sebanyak RM7,000 kepada PIBG sekolah berkenaan. 

Kedua-dua sumbangan disampaikan sempena Majlis Merarau SK Lubok Antu yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu pada Sabtu. 

Dalam majlis tersebut, kedua-dua pemimpin menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan program berkenaan. 

Program seumpama ini dilihat mampu menyemai semangat perpaduan lebih-lebih lagi kepada generasi muda agar mereka dipupuk di bangku sekolah lagi mengenai kepentingan perpaduan masyarakat. 

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Neging, Pegawai Tadbir Khas kepada Datuk Dr Malcolm Jack Meredan, Setiausaha Sulit kepada Datuk Dr Malcom Lazarous Luat dan tetamu jemputan yang lain. -EDISI UKAS