Rakyat Jepak Digalak Ceburi Tanaman Nenas

Disiarkan pada 28 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


JEPAK: Komuniti di Jepak yang minat untuk memasuki sektor pertanian digalakkan untuk menceburi tanaman nenas. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, ini bagi membolehkan rakyat untuk menambah pendapatan lebih melalui penanaman tanaman tersebut. 

“Saya menggalakan supaya rakyat menambah  pendapatan lebih melalui tanaman seperti Nenas Varieti MD2 kerana nenas ini mempunyai nilai harga tinggi dipasaran," katanya ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Persatuan Anak Tatau (PERANTAU) 2024 di Masjid Darul Ibadah Tatau pada Sabtu. 

Dalam pada itu, beliau mencadangkan kepada penduduk rumah Panjang Kawasan DUN Jepak supaya diadakan satu acara khas semasa Perayaan Gawai.

Selain itu, Iskandar juga memuji PERANTAU yang mempunyai pelbagai kaum dalam kalangan ahli-ahli mereka kerana boleh digunakan untuk memperjuangkan agenda masyarakat. 

"Persatuan seperti ini merupakan saluran yang kuat dalam mempejuangkan agenda setempat tanpa perlu bercakap di kedai kopi meluahkan sesuatu isu," ujarnya. 

Di samping itu, Iskandar ingin mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak supaya dibuat satu tempat Agropark Jepak. - EDISI UKAS