Ribuan Hadir Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Samarahan 

Disiarkan pada 28 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

KOTA SAMARAHAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meneruskan Kunjungan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang bertempat di Dewan Suarah Samarahan di sini pada Ahad. 

Tinjauan mendapati tetamu mula memenuhi perkarangan dewan seawal jam 9 pagi sekalipun majlis hanya bermula pada 10 pagi dan berlangsung hingga 3 petang.

Kira-kira lebih 7,000 masyarakat pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah mengunjungi rumah terbuka tersebut. 

Terdapat pelbagai makanan turut disajikan kepada tetamu yang hadir iaitu Lemang, Rendang, Pulut, Kuih tradisional, Satay dan pelbagai lagi. 

Dalam majlis itu, Premier Sarawak mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan tetamu.

Terdahulu, beliau telah melakukan simbolik perasmian dengan membakar lemang dan menggaul rendang.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Datuk Rubiah Wang ini menjadi tumpuan bagi memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak.

Turut memeriahkan majlis rumah terbuka itu ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Dato Sri  Abdul Karim Rahman Hamzah Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah  Abdullah, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sarawak, Dato Haji Idris Bin Haji Buang, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim,  ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang, ADUN Beting Maro, Razaili  Gapor, ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan serta tetamu lain.-EDISI UKAS