SUKMA 2024: RM7 Juta Dimohon Bagi Naik Taraf Kemudahan Stadium & Perkampungan Sukan Di Miri

Disiarkan pada 28 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

MIRI: Dana sebanyak RM4 juta telah dimohon bagi menaik taraf Stadium Bandaraya Miri untuk penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, peruntukan sebanyak RM2 juta dimohon untuk menaik taraf Stadium Miri bagi memastikan kelancaran sukan dwitahunan itu.

"Peruntukan RM1 juta juga diperlukan untuk menaik taraf Kampung Sukan PETRONAS dan kedua-dua projek itu akan bermula dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan tinjauan lokasi-lokasi SUKMA XXI Sarawak 2024 yang akan diadakan di Miri.

Lokasi lawatan yang diadakan termasuk Stadium Miri dan Stadium Bandaraya Miri.

Miri merupakan antara venue SUKMA XXI Sarawak 2024 dan akan menganjurkan enam acara termasuk pelayaran, ragbi, lawan pedang, karate, bola lisut dan pencak silat.

Penganjuran SUKMA XXI 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan merupakan yang terbesar dalam sejarahtemasya sukan itu membabitkan 37 sukandan 484 acara dipertandingkan.-EDISI UKAS