100 Pelajar Di Miri Sertai ‘The Great Escape Camp’

Disiarkan pada 27 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


MIRI: Seramai 100 pelajar dari tujuh buah sekolah menengah di Miri telah menyertai Kem ‘The Great Escape’ (TGE) anjuran Curtin Social Ambassadors di Universiti Curtin Malaysia Cawangan Miri pada Jumaat.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin telah berkesempatan hadir bagi merasmikan TGE sebagai tanda sokongan terhadap kem tersebut.

Dalam ucapannya, beliau telah memberi sokongan sejak ia dianjurkan sejak 10 tahun yang lalu kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk menyemai ciri-ciri positif, seperti kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan di samping bersosial dengan komuniti

“TGE ini memberi peluang kepada pelajar untuk memberi Perkhidmatan kepada Komuniti, sukarelawan kepada pelajar menengah.

“Selain itu, ia juga mengajar pelajar ini melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan kreatif dengan menggunakan permainan dan semangat berpasukan.

“Ia juga untuk para pelajar bersosial dalam komuniti di sampign dapatn mengcungkil bakat tersendiri kerana di mana program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengetuai dan berinteraksi dengan pasukann,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu menambah, TGE ini membolehkan pelajar untuk keluar dari zon selesa di mana mereka perlu berinteraksi dengan rakan-rakan mereka secara fizikal berbanding menggunakan alam maya seperti media sosial yang diggambarkan sebagai ‘bercakap dengan robot’.

Justeru, beliau berharap para pelajar menggunakan kem yang berlangsung hingga Ahad ini untuk menimba ilmu bagi kegunaan mereka terutamanya di sekolah kelak. -EDISI UKAS