Jalan Pertanian Sepanjang 3.5 Kilometer Akan Dilaksanakan Di Opar

Disiarkan pada 27 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS


SEMATAN: Satu lagi projek jalan pertanian sepanjang 3.5 kilometer akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Sarawak Opar iaitu di Kampung Sebako.

Keputusan cadangan tersebut dibuat selepas lawatan tapak yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang bersama Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak pada Jumaat.

Menurut Billy, pembinaan jalan pertanian ini bukan sahaja untuk memudahkan pemilik tanah mengusahakan tanah-tanah mereka malah membuka peluang untuk generasi akan datang membina penempatan baharu.

Menurut beliau lagi, pelbagai projek berkaitan pembinaan jalan pertanian telah dan akan beliau bawa ke kawasan Opar bagi merancakkan lagi aktiviti pertanian di kawasan tersebut.

Hadir sama dalam sesi lawatan tapak itu ialah, perwakilan dari Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak Raphael Churchill dan Billy Sandah serta Ketua Kaum Kampung Sebako 2 Normin Sujang. -EDISI UKAS