Kemudahan Baharu di R&R Batang Sadong Sungai Buluh Pertingkat Keselesaan Pengunjung

Disiarkan pada 27 Apr 2024
Sumber Berita: UKAS

 
SADONG JAYA: Pengunjung kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Batang Sadong Sungai Buluh kini dapat menikmati makanan dan minuman dengan lebih selesa setelah projek bina baharu 'awning' di lokasi tersebut telah siap sepenuhnya.
 
Majlis penyerahan projek yang bernilai RM100,000 itu telah berlangsung di antara pihak kontraktor dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sebagai agensi pelaksana yang turut disaksikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong, Mohd. Iqbal Abdullah, pada Jumaat.
 
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Ahli Parlimen Batang Sadong bagi tahun 2023. -EDISI UKAS